Sunday, January 30, 2011

HARI MENGUNDI TUN MAHATHIR BUAT HAL PULAK.. MUNGKIN BN AKAN KALAH!!!!!

Tun M tidak pernah serik untuk terus "bermulut celupar, terus menyakitkan hati sebahagian besar rakyat Malaysia terutama pengkagum-pengkagum LEE KUAN YEW dari PAS, PKR dan lebih-lebih lagi komunis DAP.
Sayangnya suatu hari nanti keberanian seperti ini dan'perumahnya'  akan kembali menemui kembali 'Penganugerahnya' tetapi kita  masih belum ada pengganti yang selayaknya!!!!



‘Kuan Yew ketepikan agama’


LEE Kuan Yew menarik sokongan orang Melayu dengan memakai songkok ketika bertemu penduduk Melayu di Kampung Tani, Singapura pada 1965.



  • Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak hairan dengan kenyataan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew meminta umat Islam negara itu longgarkan pegangan agama kerana beliau memang langsung tidak menghormati agama dan sensitiviti orang lain.

  • Dr. Mahathir juga melihat orang Melayu Singapura ketakutan dan sentiasa berjaga-jaga jika mahu bersuara sebab bimbang menjadi mangsa.

  • JADUAL TUN DR. Mahathir Mohamad Jumaat lalu memang padat. Sebelum sesi wawancara bersama Mingguan Malaysia berlangsung, beliau menerima kunjungan tetamu dari luar negara. Selesai bercakap dengan NORAINI ABD. RAZAK, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL dan NORLAILE OSMAN, ada lagi kumpulan yang sedang menunggu. ‘‘Saya memang sibuk, tengok (sambil menunjuk nota-nota di atas mejanya) semua ini yang saya buat. Selepas ini ada dua pertemuan lagi,’’ katanya sebaik ditanya mengenai tugasannya pada hari berkenaan. Kelihatan bertenaga tetapi tetap bersahaja, bekas Perdana Menteri itu seperti biasa tenang melontarkan jawapan pada setiap soalan berhubung kenyataan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew baru-baru ini.
    Berpengalaman luas dalam berhadapan dengan kerenah hubungan dua hala Malaysia-Singapura, Dr. Mahathir menyifatkan kenyataan Kuan Yew supaya umat Islam di negara itu melonggarkan pegangan agama yang didakwa beliau menghalang integrasi kaum sebagai:
    ‘‘Jika beliau mahu supaya ada integrasi kaum di Singapura, maka beliau tidak boleh membenarkan Islam menjadi penghalang kepada matlamat itu. Itulah sikap Kuan Yew. Beliau langsung tidak menghormati agama dan sensitiviti orang lain.’’
    Mengenai orang Melayu Singapura yang mendabik dada menyanggah kenyataan Dr. Mahathir bahawa mereka terpinggir sebaliknya mendakwa nasib mereka jauh lebih baik di sana sehingga tidak perlu bergantung kepada bantuan dan subsidi daripada kerajaan seperti orang Melayu di Malaysia, bekas Perdana Menteri itu menjawab ringkas: ‘‘Tidak juga, sebab peluang yang sewajarnya untuk mereka (orang Melayu Singapura) tidak ada di sana.”
    Dalam pertemuan kira-kira setengah jam di pejabat Perdana Global Peace Organisation (PGPO) itu Dr. Mahathir turut ditanya mengenai kenaikan harga barangan keperluan, kos hidup yang semakin tinggi serta kadar upahan pekerja yang dilihat tidak setara.
    MINGGUAN: Bagaimana Tun melihat kenyataan Lee Kuan Yew supaya umat Islam di Singapura melonggarkan pegangan terhadap agama Islam?
    Dr. Mahathir Mohamad: Saya tidak hairan dengan kenyataan itu sebab bagi beliau agama tidak penting. Lebih-lebih lagi agama Islam. Bagi dia seperti kata mat salleh the end justify the means, jika beliau mahu supaya ada integrasi kaum di Singapura, maka beliau tidak boleh membenarkan Islam menjadi penghalang kepada matlamat itu. Itulah sikap Kuan Yew. Beliau langsung tidak menghormati agama dan sensitiviti orang lain.
    Tapi ada yang berkata kita terlalu memandang sempit pemikiran Kuan Yew itu yang kononnya mahu orang Islam di Singapura progresif?
    Dr. Mahathir Mohamad: Pada saya kita terlalu terbawa-bawa dengan ajaran imam-imam tertentu sehingga kita berpecah-belah. Islam itu sendiri sudah cukup progresif. Yang menjadi masalah ialah tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh manusia biasa walaupun mereka terdiri daripada ulama yang cukup mendalam pengetahuan mengenai Islam. Dalam Islam disebutkan tidak boleh berbunuh sesama Islam, tetapi ketika ini pun terdapat orang Islam yang membunuh orang Islam lain. Banyak tafsiran yang kita terima juga bercanggah antara satu sama lain. Bercanggah sehinggakan orang Islam itu bermusuh dengan orang Islam sendiri. Sebenarnya itu bukan datang daripada ajaran Islam. Sekiranya kita merujuk kepada ajaran Islam dan hadis-hadis sahih, tidak ada fahaman sunni, syiah atau wahabi. Ini adalah hasil daripada tafsiran manusia yang bukannya Nabi. Mereka adalah orang biasa walaupun mungkin mempunyai latarbelakang dan pendidikan yang baik. Sebab itu tafsiran mereka telah memecah-belahkan umat Islam. Kerana itu kita harus tentukan supaya kita kembali kepada ajaran Islam yang asal, benar dan berasaskan kepada apa yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis yang sahih. Tapi itu bukan bermakna kita melonggarkan Islam. Sebenarnya agama Islam itu sempurna untuk mana-mana zaman sekali pun. Apabila orang Islam itu dilihat lemah dan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang dipersoalkan, itu bukan kerana agama Islam. Tetapi kerana pendapat sesetengah orang yang ada kepentingan. Umpamanya dengan menjadi pengebom berani mati dan membunuh orang lain yang tidak berdosa. Itu tidak termasuk dalam ajaran Islam. Islam tidak pernah membenarkan kita meletupkan diri dalam keadaan-keadaan tertentu. Tidak ada dalam al-Quran perkara seperti itu. Kita kena jelas dengan perkara-perkara seperti ini. Tapi jangan dalam soal halal dan haram juga patut kita longgarkan. Misalnya tidak mengapa kalau mabuk sedikit atau makan makanan haram sedikit.
    Dulu beliau (Kuan Yew) marah apabila Osman Wok duduk semeja dengan dia tetapi diberi makanan halal. Dia tanya mengapa Osman Wok tidak boleh makan makanan yang dia makan sebab makanan itu tidak ada babi. Betul tidak ada babi, tapi kita tidak tahu macam mana dia masak dan jika ada daging di dalamnya sama ada disembelih atau tidak. Sebab itu Osman Wok pilih makanan halal sebab dalam Islam tidak boleh kata tak apalah sikit-sikit.
    Dalam Islam tidak boleh begitu. Memang kalau dalam keadaan terdesak itu dibenarkan tapi kita bukan berada dalam keadaan terdesak. Makan malam bukan terdesak.
    Islam itu sendiri agama yang progresif?
    Dr. Mahathir Mohamad: Islam sudah cukup progresif. Apabila ada pertentangan pendapat kita berbalik kepada ajaran Islam sebenar. Di dalam al-Quran disebut Islam mesti bersaudara, adakah dengan masuk PAP kita tidak boleh bersaudara.

    2 comments:

    1. hidup Tun!!! sememangnya anugerah Allah SWT ini hanya datang satu dlm setiap seribu tahun!! benar kata Tun. kembalilah ke ajaran AlQuran & Sunnah yg sebenarnya. bukan mengikut kata2 ulamak sekerat2 seperti dalam parti politik hari ini!!! dengarlah nasihat ulamak2 yg tidak berkepentingan sendiri @ yg gemar memuja kedudukan diri & anak menantu sahaja. bagi ulamak seperti ini, orang lain semua jahil, jika tidak bersetuju dgn dia!!!

      ingatlah, dalam dunia ini lebih ramai orang yg lebih ilmu agama Islam, lebih berjasa kepada agama, menjadi ilmuan dlm bidang2 sains, matematik, kejuruteraan & falsafah tetapi tidak mengikat diri dgn undi yg membantu mengekalkan kerusi kuasa!!!!

      ReplyDelete
    2. anti bohmau...mereka inilah manusia bodoh sombong!!!mereka ingat mereka dan keluarga mereka akan terus kekal seajhtera sekiranya negara di perintah LGE n LKS anak beranak!!!PKR n PAS keldai shj!!!

      ReplyDelete