Sunday, January 9, 2011

DARIPADA BAKAR GAMBAR...BAIK SUNATKAN SEKALI LAGI..

 BERKEMUNGKINAN anu si Suhaimi ni dulu tok mudim sunat sikit saja...lepas tu tumbuh balik..menjadi serupa dengan Lim Guan Eng dan Lim Kit  Siang...sebab tu perangai mereka bertiga ada SERUPA!!!!

 

GAMBAR ADUN SRI MUDA DIBAKAR

Kira-kira 300 penduduk Kampung Jalan Kebun di Klang hari ini mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah tindakan ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie yang didakwa mengeluarkan kenyataan biadap terhadap Sultan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas dakwaan memutarbelit titah ucapan baginda.

Mereka menuntut Shuhaimi agar segera memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor dan meletakkan jawatannya sebagai ADUN.

Sambil melaungkan 'Daulat Tuanku' dan menyanyikan lagu 'Selamat Tuanku', penduduk kampung terbabit turut bertindak membakar poster Shuhaimi bagi menggambarkan kemarahan mereka.

"Kami berasa malu dengan tindakan Shuhaimi kerana sebagai orang Melayu dan juga ADUN, beliau tergamak berbuat demikian kepada Sultan Selangor serta sanggup dipergunakan oleh orang lain demi kepentingan politik peribadi," kata ahli Jawatankuasa Penduduk kampung itu Buang Abdul Basir kepada pemberita.

Shuhaimi dalam blognya baru-baru ini didakwa berkata bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) tidak perlukan perkenan Sultan Selangor sebaliknya ia adalah di bawah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Timbalan Ketua Umno bahagian Kota Raja, Kamal Ariffin Kaimin yang turut menyertai demonstrasi itu berkata penduduk kampung juga kesal dengan tindakan Abdul Khalid yang sanggup memutar-belitkan titah ucapan Sultan Selangor baru-baru ini mengenai pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor yang baru.

- Bernama

 

No comments:

Post a Comment