Thursday, January 27, 2011

ANWAR AKAN "BELA" PELAJAR-PELAJAR INI!!!!

Dah tahu masa belajar kat universiti tak boleh sertai perhimpunan haram, mengapa terlibat jugak. Bila dah kena tangkap tak mahu mengaku salah pulak, bila dah salah nak merayu pulak!!!!Hari tu dahlah menyusahkan mak bapak, menghabiskan duit kerajaan, hari ni sekali lagi nak membazirkan masa dan duit rakyat...dah le kes kat mahkamah tu dah bertimbun-timbun... itu belum masuk kes IDOLA JAHANNAM kamu yang suka tangguh kes..takut!!!!
Tapi tak apa selagi IDOLA JAHANAM kamu tu belum 'check in' Sungai Buluh Inn...kamu masih berpeluang untuk bekerja..tengok ke umur muda lagi...mungkin boleh dipertimbangkan ke jawatan KOPI BOY


..jawatan itu masih kosong sehingga ke hari ini kerana akhbar tidak pernah mengiklankan kekosongan tersebut...Bila dah dapat kerja tu..kerja elok-elok..jangan asyik nak berdemenstrasi saja...yang penting mesti ikut cakap BOSS...bos suruh lipat kaki..lipat kaki...bos suruh rapatkan lutut ke dada..buat je lah..jangan banyak soal...biar BOSS yang tanya ARE YOU OK!!!!



Perhimpunan haram: Rayuan lima bekas pelajar ditolak

27/01/2011 1:29pm

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan berhubung sabitan ke atas lima bekas pelajar universiti yang didapati bersalah dan didenda kerana berada dalam satu perhimpunan haram di Masjid Negara 10 tahun lalu.
Hakim Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan kelima-lima mereka tiada merit dan beliau mengekalkan hukuman denda RM3,900 atau tiga bulan penjara seperti yang diputuskan Mahkamah Majistret pada 2009.
Lima bekas pelajar tersebut ialah Nik Norhafizi Nik Ibrahim, 31, dan Ahmad Kamal Abdul Hamid, 30, dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Zulkefle Idris, 31 (Universiti Teknologi Malaysia); Rafzan Ramli 34, (Universiti Teknologi Mara); dan Khairul Amal Mahmud, 30 (Universiti Malaya).
Mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (5)(a) Akta Polis 1967 kerana berada dalam perhimpunan anti-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di perkarangan Masjid Negara, Jalan Perdana di sini, antara pukul 2 petang dan 2.15 petang, 8 Jun 2001. – Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

No comments:

Post a Comment